Mayat lelaki ditemukan dalam sebuah rumah, kali terakhir dilihat oleh..

SERDANG– Mayat lelaki berusia 55 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Jermai Sungai Taka hari ini.

Jurucakap bomba Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.05 petang.

“Mangsa lelaki berumur 55 tahun didapati tidak sedarkan diri, maklumat dari jiran mangsa dilihat pada pagi tadi.

Mayat lelaki terbabit ditemukan pihak bomba

“Tindakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang telah membuka pintu dengan “bolt cutter” dan peralatan “paratech”. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,”katanya.

Katanya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Rentas7.com/ Foto Bomba Kedah

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.