Petugas KKM, Nadma dan terlibat adalah mujahidin- Mufti Perlis

ARAU– Para petugas Muslim yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 merupakan para mujahidin (pejuang), kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Para petugas Muslim di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan sesiapa sahaja terlibat merupakan para mujahidin yang berjihad di jalan ALLAH untuk menjaga nyawa manusia,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, golongan itu wajar diberikan peruntukan zakat kerana mempertaruhkan nyawa untuk rakyat dan negara.

“Mudah-mudahan bagi mereka pahala jihad. Saya berpandapat mereka layak diberikan peruntukan zakat fi sabillillah atas tugasan mereka.

“Ini mungkin boleh menampung keperluan mereka dan menguatkan lagi semangat mereka,”katanya.

Setakat 16 Mac, sebanyak 553 kes COVID-19 di catatkan di negara ini termasuk 42 kes telah sembuh.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.