PUTRAJAYA- Mesyuarat Kabinet diadakan semalam meluluskan pemotongan dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri bagi disalurkan kepada Tabung Covid-19. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. "Tabung COVID19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai satu usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu,"kata ...

PUTRAJAYA - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara telah mengambil beberapa inisiatif dalam usaha untuk membendung wabak Covid-19 yang kini menular. Bagi menyokong dan mendukung sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai 16,000 ujian sehari bermula April ini, seperti diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah kelmarin, MOSTI telah mengambil ...

KUALA-KETIL- Vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia dipanggil bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mejar (B) Mansor Zakaria (gambar) berkata, vateran ATM amnya menyokong penuh dasar kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rangkaian COVID-19. Menurutnya, jika keadaan berterusan dan tidak dapat dikawal kerana kekurangan penguatkuasa dan sebagainya, vateran tentera sedia dikerah untuk membantu. ...

KUPANG- Permintaan terhadap purdah oleh wanita Muslim meningkat ekoran kesukaran mendapatkan topeng muka di pasaran. Pengurus syarikat pengeluar niqab By Humayyra, Nor Fadhilah Omar berkata, purdah dijadikan pelindung alternatif daripada serangan COVID-19. Menurutnya, pemakaian purdah bukan perkara baru, sebalik telah lama diamalkan oleh sebahagian besar kaum Muslimah. "Tetapi sejak COVID-19 semakin menular, permintaan terhadap purdah keluaran By Humayyra juga alhamdulillah ...

BALING- Dua anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris antara petugas kesihatan yang berada di barisan depan mengekang wabak COVID-19. Menerusi satu perkongsian di Facebook (gambar) hari ini, Abd Nasir menzahirkan ucapan tahniah kepada dua anaknya iaitu Dr Nur Hanisah dan Dr Hanan Melati. "Tahniah anakanda Dr Nur Hanisah Nasir dan Dr Hanan Melati yang duduk barisan ...

IPOH- Jabatan Mufti Negeri Perak hari ini menggariskan  kaedah laungan azan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini. Berdasarkan video dipaparkan di Jabatan Mufti Negeri Perak, laungan azan sepanjang tempoh tersebut dipendekkan. Tiada lafaz "Hayya a'las solah dan Hayya alal falah" dilaungkan. Sebaliknya ia digantikan dengan lafaz "Sollu fi buyutikum" sebanyak dua kali sebelum diakhiri dengan laungan Allahukhbar seperti ...

ARAU- Para petugas Muslim yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 merupakan para mujahidin (pejuang), kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Para petugas Muslim di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan sesiapa sahaja terlibat merupakan para mujahidin yang berjihad di jalan ALLAH untuk menjaga nyawa manusia,"katanya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau berkata, golongan ...

KUALA LUMPUR- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau-Pinang melakukan siasatan terhadap tindakan anggotanya menggunakan talefon bimbit sewaktu kenderaan jabatan sedang mengisi bahan bakar. JPJ Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan melakukan siasatan dalaman di peringkat negeri. "Hasil siasatan, jabatan akan mengambil tindakan mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas anggota terbabit untuk tindakan lanjut,"kata kenyataan itu hari ...

KUALA LUMPUR- Memohon doa dan restu ibu untuk menggalas amanah sebagai Menteri Alam Sekitar. Itu dilakukan Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meluangkan masa menziarahi ibunya yang uzur dan diserang strok. "Lewat malam semalam pulang ke kampung untuk menziarahi Ibu yang uzur. Beliau terkena strok lebih setahun lalu. Saya mohon doa dan restu darinya untuk menggalas amanah yang cukup ...

KUPANG- Kerajaan negeri Kedah tidak dapat lari daripada tempias perubahan politik di peringkat Persekutuan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (gambar) berpandangan, situasi politik di Persekutuan akan mempengaruhi suasana politik di negeri. "Dalam konteks hari ini (di Kedah) keadaan masih tidak menentu. Tetapi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, ia mempengaruhi negeri-negeri lain, ditambah dengan kejatuhan ...