“Wahai rakyat Malaysia, ubah mentaliti anda seperti askar”

KUALA LUMPUR– Rakyat Malaysia diseru mengubah mentaliti seperti anggota tentera dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan.

Pesanan itu dititipkan pemilik akaun Facebook bernama Razali Md Daud.

Wahai rakyat Malaysia, saya dengan rendah diri memohon untuk mengubah mentaliti untuk 30 hari..tak lama pun..untuk anda mempunyai mentaliti seperti kami.

“Tentera darat boleh duduk dalam hutan atau sempadan atau pulau-pulau, tanpa ada kelengkapan seperti di rumah 3/6 bulan..rileks..sebab apa mentaliti kami dididik untuk satu pengorbanan,”tulisnya di Facebook, semalam.

Gambar pondok rehat askar dikongki Razali di Facebooknya

Katanya, tentera laut pula boleh tinggal dalam kabin yang sempit walaupun berbulan-bulan berlayar.

Menurutnya, tindakan seumpama itu boleh dilakukan kerana mentaliti pengorbanan disemat kukuh dalam diri mereka.

“Tentera udara bersabar menunggu dalam “crew room” untuk terima arahan penugasan, sebab mentaliti pengorbanan “dipump” dalam Minda.

“Oleh itu saya seru kepada rakyat Malaysia, berkorbanlah selama 30 hari ini diwaktu PKP ini.

“Saya sayangkan rakyat Malaysia kerana kita dibawah satu bendera,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.