Longkang tanpa lubang undang bahaya

Lubang yang mengancam keselamatan orang ramai

ALOR SETAR- Longkang yang dibiarkan tanpa penutup mengundang bahaya kepada orang ramai.

Longkang berkenaan terletak berhampiran kawasan parkir kenderaan awam dan berhadapan Wisma Darul Aman.

Tinjauan mendapati penutupnya telah patah dan terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

Kawasan itu dilihat menjadi laluan orang ramai baik kakitangan atau orang awam yang mempunyai urusan di Wisma.

Lelaki ingin dikenali Mustafa, 35, berkata, dia hanya menyedari lubang berkenaan ketika lalu untuk ke parkir kereta.

“Saya datang ke sini atas beberapa urusan. Waktu datang tak perasan pun ada lubang ni sebab saya lalu arah lain.

“Saya harap pihak berkuasa dapat meletakkan segera penutupnya bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku kepada orang awam,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.