PATANI-Kumpulan pejuang kemerdekaan Melayu Patani tidak menunggu lama membalas kematian anggota mereka apabila melancarkan Serang hendap berdarah kepada kumpulan tentera Thailand semalam (17 September 2025). Dua serangan bom dilaporkan berlaku di kawasan Berangee Tok Deng Sungai Padi dan kawasan Kasod Bendang Setar. Dalam kejadian di Sungai Padi, lima anggota Thailand mengalami parah manakala seorang koma selepas sebutir bom ditanam meletup ...

PATANI-Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah dalam serang hendap di sebuah Balai Polis Chanek, mukim Chanek Wilayah Narathiwat pada 28 Mei lalu. Kejadian berlaku pada jam 8.39 pagi waktu tempatan. Tembakan raifal yang dilepaskan dari lokasi tersembunyi menembusi cermin tingkap balai dan mengenai mangsa. Mangsa maut dikenali sebagai Mejar Abdullah Mad Qosim berusia 30 tahun manakala mangsa parah ...

PATANI-Tentera Thailand menuduh gerakan pejuang yang aktif di wilayah selatan sebagai pihak bertanggungjawab melancarkan serangan kepada anggota mereka. Lima anggota tentera termasuk anggota renjer Thailand diserang hendap di di kawasan Tok Titir Daerah Jaring Wilayah Patani pada siang tadi. ( 13 Mei 2025) Bom dipasang meletup dan mengenai kenderaan tersebut menyebabkan dua daripada lima anggota terbabit parah. Pintu lori dan ...

  Laporan: Isman Patani PATANI- Solat Jumaat seorang guru agama menjadi solat terakhir apabila mangsa syahid akibat dibedil ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Mangsa, Ustaz Abdul Ghani Abdul Majid berusia 60 tahun yang berasal dari Wilayah Reman Wilayah Yala ditembak ketika menunggang motosikal pada 18 April lalu. Kejadian jam 1.18 petang itu berlaku di Mukim Pasir Mas Sungai Golok ...

Laporan wartawan RENTAS7: Isman Patani   PATANI-Himpunan Melayu Raya pemuda Patani saban tahun semakin kuat dan teguh seiring dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat dalam memperjuangkan dan mempertahankan tanah air. Himpunan tahun 2025 di Pantai Teluban Daerah Saiburi Wilayah Patani pada raya ketiga Aidilfitri membawa tema ‘Green Melayu Suci Patani’. Ia menghimpunkan seramai 80,000 atau lebih pemuda dari tiga wilayah iaitu ...

Laporan: Yahya Somaeh PATANI- Sebuah kereta mainan kawalan jauh diubah suai sebagai bom bergerak oleh kumpulan pembebasan Patani ketika melancarkan serangan terhadap pos polis Thailand. Kereta mainan yang bertindak sebagai tentera 'gerila' itu dikawal dari jauh sebelum diletupkan ketika melalui pos kawalan pihak berkuasa. Serangan pada 7 Mac lalu itu berlaku pada jam 7.35 malam mukim Bongo, daerah Rangek, Wilayah ...

BALING- Pengalaman dipenjara selama 17 tahun oleh pemerintah Thailand suatu ketika dahulu masih meninggalkan kesan kepada kehidupan Baba Abdul Rahman Md Noh yang merupakan bekas Mudir Pondok An Najah Kampung Sungai Limau, Baling di sini. Kini di usia 78 tahun, beliau yang juga dikenali sebagai Baba Bedul banyak menghabiskan waktu bersendirian dengan menelaah kitab, membaca al-Quran serta berjemaah di masjid. ...