Apa perlu buat selepas aktiviti meracun?

Jatim berkongsi petua

ALOR SETAR- Racun digunakan untuk mengelakkan padi daripada serangan penyakit, virus dan serangga perosak.

Fungsinya turut meluas kepada tanam-tanaman seperti tomato, pokok getah, dan kelapa sawit.

Jatim berkongsi petua

Selain itu, lalang, rumput dan semak samun juga boleh dimatikan dengan cepat melalui meracun.

Tetapi tahukah anda aktiviti itu boleh membawa maut kepada diri sendiri jika tersilap langkah.

Bagi mereka yang baru berhasrat mencuba aktiviti itu, pastikan anda mengikuti tips di bawah.

Individu berpengalaman bagi aktiviti meracun, Jatim Saad,56, berkata, nanas dan air kelapa dapat mengelakkan seseorang itu daripada kesan sampingan racun.

“Selepas aktiviti meracun pastikan diri kita bersih. Kemudian minum air kelapa atau nanas. Buat salah satu.

“Jika makan kedu-duanya pun tak mengapa. Air kelapa dan nanas tidak ada tindak balas. Macam saya selepas meracun makan nanas potong (jual bungkus) saja,”katanya.

Kata Jatim, amalan dilakukannya itu berkesan.

“Saya yang cuba ni rasa ok, Insya Allah. Tak pernah la rasa penat dan lain-lain,”katanya.

Jatim berkata, petua itu diperolehi daripada mereka lain yang lebih berpengalaman.

Menurutnya, antara petua lain adalah seseorang itu juga boleh makan sardin mentah bersama nasi.

“Beli sardin dijual dalam tin dan makan dengan nasi. Jika tak lalu, makan sardin mentah saja.

“Bagi saya biasa makan sardin dengan nasi, tetapi orang lain tu tak tau lah,”katanya.

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.