Media berbahasa Inggeris salah lapor lapor, MOSTI tuntut pembetulan

KUALA LUMPUR-Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merujuk kepada kesilapan beberapa laporan yang disiarkan agensi media berbahasa Inggeris  pada 16 dan 17 Julai 2020 mengenai nilai program pembiayaan ekuiti baharu yang diperkenalkan iaitu Lunex berjumlah US$10 juta (RM42.6 juta).

MOSTI dalam satu kenyataan berkata, kesilapan laporan yang disebut ialah RM10 juta.

“MAVCAP, agensi di bawah MOSTI telah melancarkan dua (2) program pembiayaan ekuiti baharu iaitu Lunex (berjumlah US$10 juta) yang memberi

fokus kepada start-up fintech serta Asia Greentech Fund (US$20 juta) dengan
fokus kepada start-up teknologi hijau,”katanya.

Oleh yang demikian, MOSTI memohon agar agensi media dapat membuat pembetulan kepada kesilapan fakta pada laporan tersebut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.