Serangan Balai Polis Chanek

PATANI-Seorang anggota polis maut manakala seorang lagi parah dalam serang hendap di sebuah Balai Polis Chanek, mukim Chanek Wilayah Narathiwat pada 28 Mei lalu.

Kejadian berlaku pada jam 8.39 pagi waktu tempatan.

Tembakan raifal yang dilepaskan dari lokasi tersembunyi menembusi cermin tingkap balai dan mengenai mangsa.

Mangsa maut dikenali sebagai Mejar Abdullah Mad Qosim berusia 30 tahun manakala mangsa parah dikenali sebagai Sarjan Mejar Jessada Prommat.

Media kerajaan melaporkan seorang maut dan sekurang-kurang dua anggota polis cedera dalam kejadian berkenaan.

Polis Thailand menemui beberapa butir kelongsong di kawasan tembakan , mereka mendakwa serangan dilakukan oleh penembak hendap kumpulan pejuang.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.