Kereta mainan kawalan jauh jadi bom, pejuang Patani serang pos Polis Thailand

Kereta mainan kawalan jauh sedang melalui jalan raya sebelum meletup ketika sampai di lokasi

Laporan: Yahya Somaeh

PATANI- Sebuah kereta mainan kawalan jauh diubah suai sebagai bom bergerak oleh kumpulan pembebasan Patani ketika melancarkan serangan terhadap pos polis Thailand.

Kereta mainan yang bertindak sebagai tentera ‘gerila’ itu dikawal dari jauh sebelum diletupkan ketika melalui pos kawalan pihak berkuasa.

Serangan pada 7 Mac lalu itu berlaku pada jam 7.35 malam mukim Bongo, daerah Rangek, Wilayah Narathiwat.

Kereta mainan yang dirakam oleh CCTV itu dilihat melalui sebatang jalan raya utama.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan di luar jangkaan pasukan keselamatan Thailand itu.

Meskipun hanya bersaiz kecil tetapi letupan berkenaan tetap menghasilkan gegaran kuat yang mengundang bimbang tentera dan polis Thailand tentang lebih banyak serangan di luar jangkaan mereka.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.