JAKARTA- Seorang kanak-kanak lelaki yang belum pun mengerti halal dan haram menjadi mangsa buli sekumpulan lelaki sehingga mabuk. Walaupun masih terlalu kecil, kumpulan itu tergamak memberikannya minuman keras. Media Indonesia, Suara melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan di Sulawesi Selatan. Aksi itu dirakam dan tular dan ditonton ribuan kali. Perbuatan jahat lelaki tersebut dikecam warganet Indonesia. Menerusi video itu, salah ...

TAIZ-Seorang gadis berusia sembilan tahun ditembak di kepala oleh penembak tepat kumpulan Houthi ketika cuba mendapatkan air di Kota Barat Daya Yaman di sini. Media antarabangsa melaporkan, sejurus ditambak dengan kejam, mangsa ditarik oleh abangnya. Sekeping gambar yang tular mulai 18 Ogos lalu menunjukkan gadis kecil itu diheret abangnya ke lokasi lebih selamat dengan keadaan darah yang mengalir dari kepala. ...

PATANI-Angka korban pertempuran di Moo 2, Kolam, daerah Yarang membabitkan kumpulan Melayu Patani dengan tentera Thailand meningkat kepada lima orang. Media tempatan melaporkan, pertempuran sengit itu berlaku selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos. Media tempatan menyebut, 1,000 anggota tentera dikerahkan dalam operasi berkenaan yang menyaksikan markas kumpulan terbabit dikepung. Mangsa maut dikenali Masyuki Sarumoh, Anwar Kolae, Ahmad ...

PATANI- Dua anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK) maut dalam satu pertempuran sengit dengan askar Thailand hari ini. Pertempuran berlaku di kawasan Moo 2, Kolam, daerah Yarang jam 10.00 pagi waktu tempatan. Pertempuran dilaporkan berlaku di sekitar kem RKK selepas sekumpulan anggota terbabit dikepung. Memetik Wartani, salah seorang mangsa yang maut dipercayai komandan kepada kumpulan itu. Mangsa maut dikenali Ma'sukri Sarumoh ...

PATANI- Kehadiran askar Thailand lengkap beruniform ketika sesi pembelajaran sebuah tadika sedang berlangsung di sini mengundang rasa kurang selesa kepada para guru. Beberapa anggota terlibat datang ke tadika tersebut pada siang tadi. Seoarang guru ingin dikenali Zainab,26, berkata, anggota terbabit datang dengan tujuan menyampaikan penerangan kepada murid-murid tentang kaedah mencegah COVID-19. "Walaupun mereka datang dengan niat yang elok, guru-guru di ...

PALESTIN-Seorang pemuda Palestin setia menemani ibunya yang dikuarantin di bilik pesakit COVID-19 sekalipun dipisahkan dengan tingkap kaca. Menerusi perkongsian aktivis Malaysia- Palestin, Mohd Hariz Anwar, lelaki berkenaan sering bertenggek di luar bilik hospital berkenaan bagi menemani ibunya. "Lelaki Palestin yang bertenggek di tingkap hospital ini adalah Jihad Alswiwti. "Tingkap hospital itu adalah bilik kuarantin pesakit Covid19 yang didiami oleh ibunya. ...

PATANI- Seorang wanita yang juga guru tadika ditahan tentera yang lengkap bersenjata ketika sedang mengajar. Kejadian berlaku ketika guru berkenaan sedang mengajar murid-muridnya di Baloi, daerah Yaring, jam 11.40 pagi (waktu tempatan), hari ini. Pasukan keselamatan datang dengan menaiki kira-kira 11 buah kenderaan termasuk tiga buah kereta pikap, lapor media tempatan. Guru berkenaan dibawa ke Balai Polis Yaring sebelum dibebaskan ...

JAKARTA- Rakyat Indonesia dinasihati supaya tidak memiliki perasaan normal tatkala pandemic COVID-19 masih belum berakhir di seluruh dunia. Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi berkata, pandemic COVID-19 bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia tetapi menjejaskan ekonomi. “Saya ingin mengingatkan kepada kita semua agar memiliki sebuah perasaan yang sama bahwa kita saat ini sedang mengalami krisis kesihatan dan juga sekaligus ekonomi. “Perasaannya ...

PATANI- Seorang wanita tempatan cuba digoda pegawai kerajaan ketika dikuarantin di sebuah sekolah di daerah Rueso wilayah Narathiwat. Wanita itu dikuarantin bagi membendung penularan wabak COVID-19 sebaik pulang dari Malaysia pada 11 Jun lalu, lapor media tempatan. Dalam tempoh kuarantin, wanita itu menerima pesanan daripada pegawai pusat dikuarantin daripada aplikasi Chat. Pegawai yang juga dipercayai seorang anggota tentera itu mengajak ...

TAIPEI- China didakwa menceroboh ruang udara Taiwan dengan menghantar pesawat tempurnya ke negara itu. Tindakan itu dibalas Taiwan dengan menghalau semula pesawat berkenaan menggunakan pesawat perang, lapor Kompas, hari ini. Tindakan provokasi China itu rentetan daripada pengumuman Presiden Taiwan yang mengumumkan untuk mengadakan latihan perang berskala besar. Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, pasukan tentera mengambil ...