Dua anggota RKK maut, tiga tentera cedera

PATANI– Dua anggota Runda Kumpulan Kecil (RKK) maut dalam satu pertempuran sengit dengan askar Thailand hari ini.

Pertempuran berlaku di kawasan Moo 2, Kolam, daerah Yarang jam 10.00 pagi waktu tempatan.

Pertempuran dilaporkan berlaku di sekitar kem RKK selepas sekumpulan anggota terbabit dikepung.

Memetik Wartani, salah seorang mangsa yang maut dipercayai komandan kepada kumpulan itu.

Mangsa maut dikenali Ma’sukri Sarumoh (komandan) dan Anwar Kolea.

Pertempuran berkenaan turut mengakibatkan tigas askar Thailand berusia 27 hingga 33 tahun mengalami kecederaan.

Tiga mangsa cedera tersebut dibawa ke Hospital Patani bagi rawatan susulan.

Bagaimanapun tidak dinyatakan nasib anggota RKK yang lain, sama ada ditahan atau dapat meloloskan diri.

Konflik tiga wilayah selatan Thailand sejak 2004 telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa termasuk orang awam.

Rentas7.com/ Foto Wartani

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.