COVID-19: Temani ibu setiap hari dari luar tingkap hospital

Jihad menemani ibunya dari luar tingkap hospital

PALESTIN-Seorang pemuda Palestin setia menemani ibunya yang dikuarantin di bilik pesakit COVID-19 sekalipun dipisahkan dengan tingkap kaca.

Menerusi perkongsian aktivis Malaysia- Palestin, Mohd Hariz Anwar, lelaki berkenaan sering bertenggek di luar bilik hospital berkenaan bagi menemani ibunya.

“Lelaki Palestin yang bertenggek di tingkap hospital ini adalah Jihad Alswiwti.

“Tingkap hospital itu adalah bilik kuarantin pesakit Covid19 yang didiami oleh ibunya. Dia sering dilihat bertenggek disitu menemani ibunya disebelah dalam,” tulisnya di Facebook semalam.

Mohd Hariz yang berkongsi kisah sedih itu memaklumkan ibu pemuda berkenaan bagaimanapun telah menghembuskan nafas terakhir.

“Ibunya dilaporkan telah meninggal dunia semalam. Jihad tidak lagi kelihatan bertenggek ditingkap hospital,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.