Kejam, gadis kecil ditembak oleh sniper Houthi

Gambar kanak-kanak yang ditembak dan diheret abangnya menyentuh hati ramai

TAIZ-Seorang gadis berusia sembilan tahun ditembak di kepala oleh penembak tepat kumpulan Houthi ketika cuba mendapatkan air di Kota Barat Daya Yaman di sini.

Media antarabangsa melaporkan, sejurus ditambak dengan kejam, mangsa ditarik oleh abangnya.

Sekeping gambar yang tular mulai 18 Ogos lalu menunjukkan gadis kecil itu diheret abangnya ke lokasi lebih selamat dengan keadaan darah yang mengalir dari kepala.

Gambar berkenaan menyentuh hati ramai dan membangkitkan kemarahan netizen terhadap pemberontak Houthi.

Media tempatan melaporkan, keadaan mangsa sangat kritikal dan dirawat di hospital.

Tindakan kejam itu dikutuk oleh ramai aktivis hak asasi manusia.

Salah seorangnya, Muna Luqman turut menyatakan solidariti ke atas kanak-kanak itu.

Menurutnya, dia telah melihat ramai kanak-kanak dan wanita dibunuh oleh penembak hendap Houthi di Taiz.

Katanya, gadis ditembak itu juga bukan sasaran sebenar Houthi tetapi tetap menjadi mangsa.

“Mereka menyerang bandar dan berada di atas bumbung menyebabkan konflik bersenjata dengan pasukan penentang. Malangnya gadis ini adalah mangsa lain,”katanya.

Konflik perang di Yaman telah membunuh ratusan warga Yaman terutamanya wanita dan kanak-kanak sejak 2015.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.