Guru ditahan tentera Thai depan murid-murid

PATANI– Seorang wanita yang juga guru tadika ditahan tentera yang lengkap bersenjata ketika sedang mengajar.

Kejadian berlaku ketika guru berkenaan sedang mengajar murid-muridnya di Baloi, daerah Yaring, jam 11.40 pagi (waktu tempatan), hari ini.

Pasukan keselamatan datang dengan menaiki kira-kira 11 buah kenderaan termasuk tiga buah kereta pikap, lapor media tempatan.

Guru berkenaan dibawa ke Balai Polis Yaring sebelum dibebaskan pada jam 2.30 petang.

Bagaimanapun, wanita terbabit dilaporkan ditahan semula oleh tentera pada jam 5.30 petang dan dibawa ke Kem Ban Khuan daerah Panare.

Sebab penahanan dibuat tidak dapat dipastikan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.