Pertempuran dua hari, lima maut

Markas kumpulan RKK diserbu dalam pertempuran sengit itu

PATANI-Angka korban pertempuran di Moo 2, Kolam, daerah Yarang membabitkan kumpulan Melayu Patani dengan tentera Thailand meningkat kepada lima orang.

Media tempatan melaporkan, pertempuran sengit itu berlaku selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos.

Media tempatan menyebut, 1,000 anggota tentera dikerahkan dalam operasi berkenaan yang menyaksikan markas kumpulan terbabit dikepung.

Mangsa maut dikenali Masyuki Sarumoh, Anwar Kolae, Ahmad Caca, Marwan Kakcik dan seorang lagi belum dapat dipastikan.

Wartani sebelum ini melaporkan kumpulan berkenaan ialah Runda Kumpulan Kecil (RKK) dengan salah seorang yang maut dipercayai berpangkat komandan.

Konflik tiga wilayah selatan Thailand sejak 2004 telah mengorbankan lebih 6,500 nyawa termasuk orang awam.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.