Diganggu kelibat misteri…

Pengalaman diganggu kelibat misteri berwarna hitam masih segar diingati oleh seorang bekas pekerja stesen generator  di sini.

Walaupun kejadian itu sudah lama berlalu, ia sukar dilupakan Salleh Yunus,74, yang tinggal di Kampung Luar Mukim Siong, Baling Kedah.

Salleh berkata, pengalaman pahit itu berlaku pada era 70 an ketika dia berkhidmat dengan Lembaga Letrik Negara (LLN)

Menurutnya, tugas hariannya adalah menghidupkan generator yang membekalkan eletrik kepada setiap rumah di kampungnya (Kampung Luar).

Menurutnya, pada zaman itu, generator berkenaan hanya berfungsi selama I2 jam bermula 6.30 petang hingga 6.30 pagi.

“Waktu itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanya dikenali sebagai LLN, tugas saya ialah menjaga stesen generator di kampung ini  setiap hari.

“Selain menghidupkan generator pada waktu petang, saya juga perlu hidupkannya sekiranya ia tiba-tiba tidak bergungsi pada waktu malam,”katanya.

Salleh Yunus menceritakan semula kejadian pada tahun itu

Salleh Yunus yang lebih dikenali dengan gelaran “abang mail” dalam kalangan penduduk berkata, pengalaman tidak dapat dilupakan apabila dia diganggu kelibat hitam bersaiz dewasa.

Kejadian itu katanya berlaku ketika dia cuba menghidupkan generator yang tiba-tiba gagal berfungsi pada waktu malam.

“Kawasan itu sering menjadi buah mulut orang kampung, salah seorang penduduk semasa melalui kawasan generator itu waktu malam mengakui diusik, badannya seperti dicuit sedangkan tiada siapa di situ.

“Saya sendiri pernah ternampak bayangan hitam itu. Pada satu malam, generator tiba-tiba buat hal, seperti biasa saya akan pergi hidupkan semula suis utamanya dengan ditemani sebilah parang dan lampu suluh bagi tujuan keselamatan.

“Ketika menyuluh jalan dan semakin menghampiri stesen itu, saya memang nampak kelibat bayangan hitam yang betul-betul di hadapan mata ,pergerakannya terlalu pantas sebelum menghilang,”katanya.

Katanya lagi, dia juga pernah diusik dengan bunyi-bunyi yang pelik ketika menghidupkan generator berkenaan.

“Pada malam yang lain, generator tu sekali lagi buat masalah. Sewaktu saya sudah sampai di stesen tu dah nak buka pintu, tiba-tiba kedengaran bunyi dinding diketuk berkali-kali serta.

“Saya juga mendengar bunyi seperti orang menarik tong minyak yang ada di situ sedangkan tiada orang lain.

“Jika saya mengingati semula semua pengalaman itu memang terasa bulu roma naik, rasa seram masih ada hingga sekarang,”katanya.

Tambahnya, biarpun stasen itu kini sudah tiada, namun kelibat hitam yang misteri itu mungkin masih ada.

Rentas7.com/ Foto: Filem hantu Thailand

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.