Budak tak berdosa jadi mangsa mabuk arak

Kanak-kanak berkenaan dalam video itu sedang meneguk arak yang dituangkan oleh seorang lelaki

JAKARTA– Seorang kanak-kanak lelaki yang belum pun mengerti halal dan haram menjadi mangsa buli sekumpulan lelaki sehingga mabuk.

Walaupun masih terlalu kecil, kumpulan itu tergamak memberikannya minuman keras.

Media Indonesia, Suara melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan di Sulawesi Selatan.

Aksi itu dirakam dan tular dan ditonton ribuan kali. Perbuatan jahat lelaki tersebut dikecam warganet Indonesia.

Menerusi video itu, salah seorang lelaki dilihat sengaja menuangkan minuman keras ke dalam cawan yang ingin diminum budak tersebut.

Dia yang kelihatan sangat dahaga terus meneguk air yang dituangkan sebanyak tiga kali.

Tidak lama kemudian budak berkenaan tidak mampu berdiri dengan stabil sebelum kelihatan terhuyung-hayang dan meraba-raba tiang kayu berhampiran.

Malangnya, dia tidak mampu berjalan dengan stabil dan terus jatuh beberapa kali.

Kepalanya juga hampir terhantuk tempat duduk yang diperbuat daripada kayu.

Kedengaran seperti budak tersebut meraung seolah-olah meminta tolong terhadap apa yang telah diperlakukan kepadanya.

Aksi itu diiringi gelak tawa pemuda berkenaan tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.