ALOR SETAR- Kedah mencatatkan sembilan kes baru positif COVID-19 hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, ia melibatkan tujuh kes dalam daerah Kota Setar dan satu kes masing-masing di daerah Kubang Pasu dan Langkawi. Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan kes baru melibatkan Kluster Sungai hari ini menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 73 kes. "Sehingga 19 ...

JITRA- Seorang pelajar tahfiz cedera dalam satu insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Ulumarrahimiyah di Lorong Alif di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.23 petang. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati dua blok bangunan bersambung sedang terbakar di tingkat atas dengan anggaran kemusnahan dianggarkan sebanyak 30 peratus. ...

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah menyifatkan portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam bahasa Mandarin sebagai undur ke belakang. Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin tidak sepatutnya berlaku. "Kami PUTRA Kedah senada dengan Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bahawa tindakan SPRM sebagai agensi kerajaan menggunakan bahasa selain ...

KUALA LUMPUR- PRU-15 akan dilaksanakan sebaik Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Pintasan Kota Belud hari ini. "Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU. "Saya tahu apa akan ditulis oleh media ...

KUALA LUMPUR-Latihan pasukan bawah 19 tahun (B-19) di luar negara tampak membuahkan hasil apabila mula mencatatkan kemenangan bertemu pasukan handalan. Pada aksi malam ini, Indonesia berjaya menumbangkan Qatar B-19  di Stadium SRC Mladost Cakovec dengan keputusan 2-1. Dalam perlawanan sengit itu, Indonesia terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-12 hasil jaringan Mohamed Al- Mehairi. Bagaimanapun anak buah Shin Tae-yong menyamakan kedudukan ...

ARAU-Perlis dikenal pasti sebagai kubu terkuat PAS pada PRU-15. Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam berkata, Perlis walaupun kecil tetapi melahirkan sosok pimpinan tertinggi dalam PAS iaitu Tuan Guru Mursyidul Am, Hashim Jasin. "Insya Allah negeri ini juga bakal menjadi antara negeri terkuat PAS pada PRU-15 akan datang. "Saya tekankan agar anak muda mestilah memanfaatkan sepenuhnya setiap platform yang ada ...

KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat bahawa pembentukan Malaysia tidak datang dengan mudah. Beliau berkata, Malaysia sebaliknya terbentuk hasil perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu. "Sambutan yang diadakan pada setiap tahun ini adalah bagi mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang dengan mudah. "Sebaliknya menuntut perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu yang mahu melihat lahirnya negara Malaysia yang merdeka ...

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes COVID-19 di negara ini. Beliau berkata, sekiranya berlanjutan, fasiliti kesihatan negara akan menanggung beban yang tinggi semula. Menurutnya, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat hari ini telah mencecah lima angka iaitu 10,031 kes. "Kes aktif yang juga kes kebolehjangkitan COVID-19 meningkat ...

LANGKAWI- Dua lelaki terbabit dalam kes curi motosikal jenis Yamaha 125Z di Kampung Ketapang Kedawang di sini ditahan polis. Ketua Polis daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dua lelaki warga tempatan termasuk warga Indonesia itu ditahan pada 14 September lalu. Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan pada jam 10 pagi sebelum berjaya mengesan mereka pada jam 7.30 malam hari ...

KLANG- Cubaan 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong untuk menceroboh perairan Pulau Ketam di sini digagalkan menerusi Op Benteng Laut Unit Tindak Khas kelmarin. Operasi itu disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan Unit Tindakan Khas (UTK) kelmarin. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bertindak atas maklumat, PPM dan UTK melakukan pemantauan di sekitar ...