Sembilan positif COVID-19 di Kedah termasuk Langkawi

ALOR SETAR– Kedah mencatatkan sembilan kes baru positif COVID-19 hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, ia melibatkan tujuh kes dalam daerah Kota Setar dan satu kes masing-masing di daerah Kubang Pasu dan Langkawi.

Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan kes baru melibatkan Kluster Sungai hari ini menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 73 kes.

“Sehingga 19 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 23,935 individu telah disaring dalam kluster ini.

“Daripada jumlah itu seramai 23,748 di Kedah telah disaring. Seramai 73 kes dikesan positif dan 22,944 individu lagi negatif manakala 732 lagi sedang menunggu keputusan.

“Di Pulau Pinang seramai 142 orang telah disaring di mana 141 orang negatif dan seorang lagi sedang menunggu keputusan.

“Di Perlis pula, seramai 45 individu telah disaring. Setakat ini seorang disahkan positif, 28 orang negatif dan 16 lagi sedang menunggu keputusan,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.