KOTA KINABALU- Seorang lelaki sedang bermain badminton di Dewan Foo Chow malam tadi rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia. Menurut Sabah News Today, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa bersama beberapa orang rakannya sedang bermain badminton. Sejurus kejadian, mangsa dihantar ke HQEII oleh pasukan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten ...

SIK- Jumlah tangkapan ular oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) SIK di beberapa kediaman di sini meningkat berikutan cuaca panas dan kering. Pegawai Pertahanan Awam daerah Sik, LT (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, berbanding bulan November lalu yang mencatatkan hanya 18 kes tangkapan ular,  jumlah reptilia itu ditangkap pada Disember tahun sama meningkat kepada 30 kes. Menurutnya,  punca reptilia tersebut ...

KUALA LUMPUR- PAS menggesa China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian dua negara itu terhadap hak peraiaran di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua negara disaran menghentikan segera tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan. “China dan Indonesia disarankan agar menghentikan tindak balas dan ...

KUALA LUMPUR- Seramai 32 orang warga asing serta dua rakyat tempatan ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah premis dua tingkat yang menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan Jalan Hang Kasturi, semalam. Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 wanita dan 17 lelaki asing termasuk dua lelaki tempatan. Warga asing yang ditahan dalam operasi itu terdiri daripada warga India, Indonesia, Bangladesh, Nepal ...

ALOR SETAR- Seorang lelaki patah tangan dan kaki akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran Kampung Alor Janggus, Napoh petang tadi. Jurucakap bomba Kedah berkata, kemalangan membabitkan kereta Toyota Corolla SE dan kereta Nissan Grand Livina. Menurutnya, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.25 petang sebelum tiba di lokasi pada jam 5.41 petang. "Kereta Toyota ...

ALOR SETAR- Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan di tengah-tengah "khabar angin" perubahan Menteri Besar di Kedah. Desas desus Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diganti dengan dua calon lain bertiup kencang dalam kalangan penduduk negeri ini sejak beberapa hari lalu. Khabar angin mengaitkan Mukhriz akan diserap ke kabinet dan jawatan sedang disandangnya kini dikaitkan dengan ...