Maahad terbakar, pelajar cedera

Anggota bomba menyelamatkan pelajar terlibat

JITRA– Seorang pelajar tahfiz cedera dalam satu insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Ulumarrahimiyah di Lorong Alif di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.23 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati dua blok bangunan bersambung sedang terbakar di tingkat atas dengan anggaran kemusnahan dianggarkan sebanyak 30 peratus.

“Semasa tiba dilokasi pihak bomba mendapati enam orang pelajar tahfiz di bangunan berkenaan dan salah seorang mengalami kecederaan di jari akibat serpihan kaca.

“Selain enam orang pelajar berkenaan terdapat pelajar lain dan mereka telah ke masjid untuk Solat Jumaat,”katanya.

Menurutnya, tindakan pemadaman di bantu pasukan bomba simpanan berdekatan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.