Muhyiddin akan umum PRU-15 jika PN menang di Sabah

KUALA LUMPUR– PRU-15 akan dilaksanakan sebaik Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Pintasan Kota Belud hari ini.

“Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU.

“Saya tahu apa akan ditulis oleh media tetapi biarkan mereka membuat spekulasi. Tetapi PRN Sabah paling penting,”katanya seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.

Muhyiddin berkata, isyarat perlu diberikan Sabah bahawa mereka menyokong PN bagi mentadbir Malaysia untuk terus maju dan berjaya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.