KUALA LUMPUR-Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdulllah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharaan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi sekaligus membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi. Memetik Bernama, Perkenan Agong untuk darurat di Batu Sapi mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menjadi faktor utama gelombang COVID-19. Berita Harian melaporkan, Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, ...
PUTRAJAYA-Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengumumkan para pemenang bagi National Energy Awards (NEA) 2020 semalam. NEA adalah satu majis anugerah tahunan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan-amalan terbaik dalam kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara. Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga ...
KUALA LUMPUR-Pemain Korea Selatan, Hwang Hee chan mencipta rekod penjaring gol terpantas negaranya. Hee Chan hanya mengambil masa 16 saat untuk menjaringkan gol ketika pasukannya menewaskan tuan rumah Qatar 2-1 dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi. Meneruskan serangan balas , Almoez Ali yang berjaya melepasi perangkap offside pertahanan pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang. Hwang Ui jo menjadi wira buat ...
KUALA LUMPUR-Dua individu memakai gelang merah jambu dan berlegar di tapak pembinaan seperti yang tular di media sosial disahkan bukan disaring kerana kontak rapat. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua pekerja terbabit termasuk dalam 264 daripada 273 individu yang telah menjalani saringan surveillance (pemantauan) tapak bina. "Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi ...
PUTRAJAYA- Semalam telah berlangsung Majlis Khas Ketua Pengarah Penerangan, Puan Roselindawati Abdul Rahman bersama-sama Para Juara Pertandingan Kenegaraan 2020 secara maya. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kenegaraan 2020 secara dalam talian yang telah melibatkan seramai 10,311 penyertaan rakyat Malaysia. Sebanyak tujuh (7) pertandingan telah dilaksanakan yang menawarkan hadiah berbernilai RM47,200.00 dan pertandingan-pertandingan tersebut adalah: i. Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka ...
KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dikaitkan dengan calon Perdana Menteri hanya memiliki lapan peratus sokongan daripada responden, menurut laporan Emir Research. Berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mendapat 10 peratus sokongan. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperolehi enam peratus undian responden manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ...
SANDAKAN- Taktik lelaki tempatan bersama rakannya warga Filipina menyembunyikan muatan dadah dalam sebuah perahu kayu dikantoikan Pasukan Polis Marin (PPM). Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPN Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, lelaki tempatan berusia 38 dan lelaki Filipina berusia 41 tahun itu memiliki dadah di perairan laut Tabangka, Sandakan. Menurutnya, pegawai dan anggota PPM yang sedang melakukan rondaan awal pagi tadi ...
KULIM- Takdir menentukan Shahir Samin dari Kampung Sungai Lunas di sini mengalami penyakit jantung seawal usia dua tahun. Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah di saluran penafasan dan paru-paru. Penyakit dihadapi kanak-kanak ini memerlukan dia menerima rawatan di Hospital Kulim, Alor Setar dan Pulau Pinang. Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) daerah Kulim, Muhamad Hadi Firdaus Ang berkata, kanak-kanak ini hanya bergantung ...
BALING- Malang tidak berbau, kanak-kanak berusia lima tahun melecur di kedua-dua bahagian paha akibat tersimbah air panas dalam kejadian Jumaat lalu. Mangsa, Naurah Ulfah Mohammad Nasuha berusia lima tahun dari Kampung Sungai Tembak. Ibunya Nazihah Hamid, anaknya tersimbah air panas dalam jug yang dibawa kakak sepupu Naurah berusia 11 tahun ketika mereka mahu memasak mi segera. "Kedua-dua kulit paha anak ...
KUALA LUMPUR-Malaysia memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) hari ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian itu dimaterai selepas perbincangan yang mengambil masa lapan tahun sejak tahun 2013. "Saya telah menyaksikan upacara pemeteraian perjanjian bersejarah itu yang ditandatangani oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Sidang Kemuncak RCEP ke-4 secara maya. ...













