Derita sakit jantung seawal dua tahun

Shahir Samin

KULIM– Takdir menentukan Shahir Samin dari Kampung Sungai Lunas di sini mengalami penyakit jantung seawal usia dua tahun.

Kanak-kanak ini juga mempunyai masalah di saluran penafasan dan paru-paru.

Penyakit dihadapi kanak-kanak ini memerlukan dia menerima rawatan di Hospital Kulim, Alor Setar dan Pulau Pinang.

Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) daerah Kulim, Muhamad Hadi Firdaus Ang berkata, kanak-kanak ini hanya bergantung dengan minuman susu khas bernilai RM 90 setin yang bertahan dua hari sahaja.

“Demi anak bongsunya, ayahnya kerap mengambil cuti bagi menguruskan penghantaran Shahril ke hospital.

“Ayahnya bekerja kampung dan menanggung tiga lagi anak masih bersekolah termasuk perlu menjelaskan bayaran sewa rumah RM250,”katanya hari ini.

Firdaus kanan menyampaikan sumbangan kepada Shahir dan ayahnya

Firdaus berkata, bagi meringankan beban keluarga itu, MACMA baru-baru ini telah tampil menyampaikan zakat kepada keluarga itu.

“Insya Allah kami juga akan membantu adik Shahir mendapatkan susu khas seperti diperlukannya,”katanya.

Dalam pada itu, MACMA turut menyampaikan zakat kepada seorang pesakit strok di Kampung Keladi.

Orang ramai ingin membantu boleh menghubungi Firdaus Ang di talian 011-35492628.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.