NEA, memacu agenda tenaga lestari negara

PUTRAJAYA-Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengumumkan para pemenang bagi National Energy Awards (NEA) 2020 semalam.

NEA adalah satu majis anugerah tahunan untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dan amalan-amalan terbaik dalam kalangan organisasi bagi memacu agenda tenaga lestari negara.

Anugerah ini dianjurkan secara tahunan sejak 2018 sebagai sebahagian daripada inisiatif Kementerian bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga di Malaysia.

NEA 2020 telah menerima penyertaan daripada pelbagai organisasi yang telah
meningkatkan operasi bangunan mereka menjadi lebih cekap tenaga serta melaksanakan sistem tenaga boleh baharu.

KeTSA kekal komited untuk memenuhi
hasrat Malaysia bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan percaya bahawa sokongan daripada pemain industri tenaga lestari adalah amat penting dalam memastikan komitmen berkenaan dapat dicapai.

Seramai 30 daripada 110 penyertaan telah dipilih sebagai pemenang-pemenang NEA 2020 dalam tiga kategori iaitu Kategori 1 – Kecekapan Tenaga, Kategori 2 – Tenaga Boleh Baharu dan Kategori 3 – Anugerah Khas.

Para pemenang telah dipilih selepas
melalui proses penilaian yang teliti dan menyeluruh melibatkan panel hakim profesional dan berpengalaman.

Pemenang bagi Kategori 1 dan Kategori 2 akan mewakili Malaysia ke ASEAN Energy Awards (AEA) 2020 yang dijangka diumumkan keputusannya semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-38 pada 19 November 2020.

Pengiktirafan ini diharap akan dapat membawa para pemain industri negara ke peringkat antarabangsa yang lebih berprestij. Oleh itu, para pemenang NEA 2020 berada pada kedudukan yang tepat untuk menjadi peneraju industri bukan sahaja di Malaysia, malah untuk keseluruhan rantau Asia Tenggara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dato’ Dr. Shamsul Anuar Hj Nasarah telah mengucapkan tahniah kepada para pemenang di atas kejayaan cemerlang dalam pembangunan bidang tenaga lestari di Malaysia.

“Semua pemenang telah melakukan
usaha yang sangat baik dalam meneruskan agenda negara ke arah masa hadapan yang
lebih mampan.

“Saya berharap mereka juga akan berkongsi amalan-amalan terbaik, bagi memberikan inspirasi dan galakan kepada organisasi-organisasi lain dalam mengadaptasi tenaga boleh baharu serta kecekapan tenaga.

“Berdasarkan pencapaian tahun-tahun sebelum ini, saya amat yakin wakil-wakil Malaysia akan memastikan Jalur
Gemilang terus berkibar dengan megah di ASEAN Energy Awards 2020.”

Tiga Anugerah Khas juga telah diperkenalkan dalam edisi NEA pada tahun ini iaitu untuk Institusi Pengajian Tinggi, Pembiayaan Tenaga Lestari dan Kontrak Prestasi Tenaga (EPC).

Anugerah Khas ini diperkenalkan bagi menggalakkan universiti-universiti awam
dan swasta melaksanakan inisatif-inisiatif RE dan EE di kampus-kampus, untuk
mengiktiraf sokongan institusi kewangan yang membiayai projek-projek RE dan EE serta untuk menggalakkan pembangunan bidang Kontrak Prestasi Tenaga (EPC) di Malaysia.

“Peningkatan jumlah penyertaan dalam NEA adalah petanda baik bahawa lebih ramai pemain industri telah menceburi bidang ini pada masa ini.

“ESCO memainkan peranan
penting dalam menggalakkan kecekapan tenaga bagi operasi perniagaan dan institusi- institusi kewangan wajar menyediakan lebih banyak produk perbankan hijau yang boleh menarik pelaburan dalam bidang RE dan EE,” jelas Shamsul Anuar.

Objektif penganjuran NEA adalah untuk menggalakkan syarikat dan organisasi di
Malaysia mengurangkan jejak karbon dengan meminimakan kebergantungan kepada tenaga elektrik yang dijana melalui bahan api fosil.

Selain dapat menyokong agenda
pembangunan mampan, ia juga mampu meningkatkan KDNK negara melalui sumber￾sumber pertumbuhan ekonomi yang baharu iaitu melalui adaptasi teknologi tenaga boleh baharu dan amalan kecekapan tenaga.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.