Hanya 16 saat bolosi gawang Qatar

Hee chan kini memegang rekod jaringan terpantas negaranya

KUALA LUMPUR-Pemain Korea Selatan, Hwang Hee chan mencipta rekod penjaring gol terpantas negaranya.

Hee Chan hanya mengambil masa 16 saat untuk menjaringkan gol ketika pasukannya menewaskan tuan rumah Qatar 2-1 dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi.

Meneruskan serangan balas , Almoez Ali yang berjaya melepasi perangkap offside pertahanan pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang.

Hwang Ui jo menjadi wira buat Korea Selatan apabila berjaya menyumbat gol selepas menerima hantaran kapten pasukan, Son Heung-min.

Rekod jaringan terpantas Korea Selatan sebelum ini dipegang Park Sung hwa iaitu 20 saat dalam satu kejohanan di Bahrain pada 1979.

Lee Young-geun pula mencipta rekod dengan masa 30 saat sebagai penjaring terpantas pada 1967.

Sebelum itu Jo Wonhee dalam satu perlawanan persahabatan Iran hanya memerlukan masa selama 59 saat untuk membolosi gawang lawan pada 2005.

Rentas7.com/Foto: Korea Football Association

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.