Pemenang Pertandingan Kenegaraan 2020 berinteraksi secara maya bersama Ketua Pengarah Penerangan Malaysia

Roselindawati Abdul Rahman bersama para pemenang melalui sidang secara maya

PUTRAJAYA- Semalam telah berlangsung Majlis Khas Ketua Pengarah Penerangan, Puan Roselindawati Abdul Rahman bersama-sama Para Juara Pertandingan Kenegaraan 2020 secara maya.

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kenegaraan 2020 secara dalam talian yang telah melibatkan seramai 10,311 penyertaan rakyat Malaysia.

Sebanyak tujuh (7) pertandingan telah dilaksanakan yang menawarkan hadiah berbernilai RM47,200.00 dan pertandingan-pertandingan tersebut adalah:

i. Pertandingan Fotografi KLIK@Merdeka 2020;
ii. Pertandingan Mewarna dan Melukis Sempena Bulan Kebangsaan 2020;
iii. Pertandingan Bintang Patriotik SMULE 2020;
iv. Sayembara Sajak Merdeka 2020;
v. Sayembara Cerpen Merdeka 2020;
vi. Pertandingan Pidato Kenegaraan 2020; dan
vii. Pengisahan Kenegaraan 2020
Pelaksanaan Pertandingan Kenegaraan 2020 secara dalam talian ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai latar belakang dan lapisan usia masyarakat Malaysia.

Ini membuktikan bahawa kempen menyemarakkan semangat patriotisme oleh JaPen berjaya dilaksanakan, walaupun dalam situasi pandemik COVID-19 yang dialami oleh negara.

Pertandingan Kenegaraan 2020 yang telah melabuhkan tirainya pada 31 Oktober 2020 ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan 2020 yang telah bermula pada 27 Julai 2020.

Hadiah kepada pemenang-pemenang akan disampaikan melalui platform Program Influencer@JaPen di JaPen Negeri dan JaPen Daerah yang mana pemenang-pemenang berpeluang menjadi tetamu dan ditemubual dalam program tersebut, sepanjang November hingga Disember 2020.

Senarai nama pemenang

 

Sambungan senarai pemenang

Antara gambar-gambar pemenang

Pengisahan 3, Rosdi Abdulllah,39 tahun, Pegawai Kebudayaan
Bintang Patriotik 1
Shaidatul Nadira Shaharum,30 tahun, guru
Pidato 1-Muhammad Zaki Zainal Abidin,22 tahun, pelajar IPTA

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.