PUTRAJAYA-Kerajaan dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan perincian pelan pemulihan pelancongan bagi merancakkan semula ekonomi negara melalui sektor pelancongan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata bahawa MOTAC melalui agensinya, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) akan menggerakkan pelan ...
KUALA LUMPUR-Tiga individu dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara. SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chein,35, mempunyai alamat terakhir di 12 A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras Kuala Lumpur dan No 20 Canary Residensi, Jalan CH ...
PATANI-Seorang lelaki cedera dalam satu kejadian tembakan jalan raya di daerah Bang Kao, kabupaten Saiburi, hari ini. Kejadian berlaku pada jam 6.35 pagi waktu tempatan ketika mangsa menunggang motosikal. Menurut sumber tempatan, mangsa dikenali Apichat Thongsri, 49, dari Kampung Ban Nam Bo, Panare, Patani. Mangsa yang ditembak dengan pistol telah dihantar ke Hospital Somdej Phra Yupparat Saiburi. Polis masih menyiasat ...
SUNGAI PETANI- Seorang lelaki maut selepas terkena letupan pemadam api kenderaan dalam kejadian di Bandar Puteri Jaya, hari ini. Mangsa Mohamad Yusri Omar,43, bekerja separuh masa dengan membaiki peralatan elektronik bagi menambah pendapatan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian jam 1.15 petang itu, mangsa dikatakan sedang membaiki radio yang dihantar rakannya. Menurutnya, rakannya yang ...
ALOR SETAR-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan memudahkan urusan peniaga yang ingin menjalankan aktiviti perniagaan di Kawasan Bebas Berniaga (KBB). Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya berharap peniaga tidak dibebankan dengan syarat-syarat yang ketat sekalipun kerajaan negeri meluluskan KBB di beberapa daerah. "Kerajaan Negeri Kedah telah mewujudkan Kawasan Bebas Berniaga bagi meringankan beban peniaga mengharungi kesukaran ...
KUALA KETIL-Dahulunya kawasan ini hanyalah belukar dan paya, namun siapa sangka kini ia menjadi sebuah kedai makan yang menjadi tumpuan ramai pelanggan. Menyajikan pelbagai menu makanan, kedai makan Sabar Menanti di sini terletak di tepi jalan utama Kuala Ketil- Parit Panjang dalam kawasan Kampung Tembak A. Pemilik perniagaan Sabar Menanti, Mohd Asri Hassan,51, berkata, dia mula menjalankan perniagaan di kedai ...
SUNGAI PETANI-Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan menyiasat secara terperinci kes kebakaran di sebuah kilang pemprosesan plastik kitar. Kejadian berlaku di kawasan perindustrian PKNK Taman Ria Jaya, Sungai Petani pada jam lebih kurang 1.15 pagi tadi. Exco Alam Sekitar Kedah, Dr. Robert Ling berkata, beliau difahamkan kebakaran berlaku pada kawasan simpanan barang kilang berkenaan. Menurutnya, Jabatan Bomba ...
KUALA LUMPUR- Malaysia dan New Zealand akan meneroka kerjasama baru yang akan khususnya dalam ekonomi dan pelancongan. Perkara itu menjadi topik perbincangan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rakan sejawatnya dari New Zealand Jacinda Ardern siang tadi. "Saya mengucapkan tahniah kepada Ardern dan parti pimpinannya iaitu, Parti Buruh atas kejayaan memenangi pilihan raya umum negara itu pada 17 ...
BALING- Hanya tampung dan belum diturap. Itu luahan pengguna jalan raya Kupang- Grik apabila jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer dari simpang tiga Kampung Jerai hingga Kampung Sadik didakwa tidak pernah diturap. Wakil pengguna, Zulkifi Abd Aziz,49, berkata, keadaan jalan yang ditampung itu menyebabkan permukaan jalan tidak sekata. "Jalan ini dibina pada tahun 90 an lagi yang menghubungkan Kedah, Perak dan ...
KUALA LUMPUR- Malaysia dan Republik Rakyat China telah menandatangani perjanjian mengenai kerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan, hari ini. Kementerian Luar Negeri, Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dalam kenyataan bersama berkata, perjanjian itu bertujuan untuk menjalin kerjasama yang lebih baik antara kedua-dua negara dalam memerangi Covid-19 pandemik. "Perjanjian ini akan tetap berkuat kuasa untuk permulaan ...













