Agong isytihar darurat di Batu Sapi, PRK dibatalkan

Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama sejam di Istana Negara

KUALA LUMPUR-Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdulllah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharaan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi sekaligus membatalkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Memetik Bernama, Perkenan Agong untuk darurat di Batu Sapi mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menjadi faktor utama gelombang COVID-19.

Berita Harian melaporkan, Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin mengumumkan perintah itu dikeluarkan menerusi kenyataan Istana.

Terdahulu, Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selama sejam di Istana Negara mulai jam empat petang lapor Berita Harian.

Tarikh PRK Batu Sapi akan ditetapkan semula.

Rentas7.com/Foto: Bernama

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.