Kerajaan pecah untungkan DAP tegas Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR– Tan Sri Annuar Musa menyoal pemimpin dalam barisan kerajaaan sama ada mahu memperkuatkan gabungan atau berpecah.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, jika mahu berjaya dan dipercayai, kerajaan Perikatan Nasional (PN) mestilah bekerja dalam satu pasukan.

Menurutnya, jika dahulu PAS, UMNO, Bersatu dan semua parti kompenan kerajaan hari ini dapat bermaufakat demi menolak Pakatan Harapan (PH), mengapa tidak kini.

“Dengan majoriti yang tipis kita jadi kerajaan. Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita, perikatan kita, barisan kita? atau kita kembali berpecah?

“Pada saya, jika mahu berjaya, jika mahu di percaya, pastikan kerajaan PN jadi kerajaan berjaya, kabinet yang bersatu, team yang berkerja, jujur dan setia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, malangnya sudah ada tanda tanda muncul pihak yang mahu berpecah belah.

“DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU-14 iaitu pecahkan kesatuan kita, kerana yang paling di takuti mereka ialah jika UMNO PAS PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.

“Berhati-hati hatilah. Al-Quran mengajar kita supaya berpegang teguh pada tali Allah dan jangan bercerai berai,”katanya.

Jelas Ahli Parlimen Ketereh itu, Islam
mengingatkan kita jangan berbantah bantah nescaya akan hilang kekuatan.

“Bangsa kita punya bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Saya sendiri di tuduh macam-macam hanya saya berharmoni dalam kabinet dan bernaung bawah pimpinan Perdana Menteri yang merupakan presiden PPBM.

“Saya bertugas sebagai Setiausaha Agung BN dan MN (Maufakat Nasional) yang menjaga hubungan baik dengan Setiausaha Agung PAS dan Setiausaha Agung PPBM,”katanya.

Beliau berkata, dirinya terus istiqamah atas dasar dan keputusan parti iaitu menyertai kerajaan PN.

“Sekongan kita “en -bloc”, kita terima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, PAS dan Bersatu sebagai rakan kita dan bagi kita “No DAP No Anwar,”katanya.

Annuar berkata, beliau tidak mahu menoleh ke belakang tetapi akan terus mara ke depan dengan dasar yang parti putuskan.

“Berusaha padukan UMNO PAS PPBM sbg teras politik penyatuan melayu dgn muafakat lebih besar berbagai kaum bersama PN MN BN GPS GRS dan lain-lain “friends of BN”..adalah wajib bagi saya.

“Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha untuk berbeza.

“Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa,atau cuba menguasai melalui politik “wayang Cina”, katanya.

Beliau berkata, DAP pastinya mempunyai strategi lebih halus dan licik seperti mana strategi “Trojen Horse”.

“Berpura- pura berada bersembunyi di belakang, tapi tetap berikhtiar agar PPBM UMNO PAS berpecah.

“Bersatulah, berpadulah..PN-BN-GPS-GRS, Gabungan Nasional. Inilah barisan kita,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.