Selepas dimasuki penagih, surau terpaksa ambil tindakan ini..

Surau yang pernah menjadi mangsa penagih dadah sebelum ini

JITRA– Sebuah surau Al Falah Megat Dewa di sini terpaksa dikunci selepas dijadikan ‘port’ penagihan dadah.

Imam Surau, Isa Jaafar berkata, surau kini hanya dibuka ketika solat fardu jemaah sahaja.

“Dah tiga atau empat bulan surau itu terpaksa dikunci di luar waktu solat gara-gara tindakan tiga lelaki menghisap dadah dalam surau ketika luar waktu solat.

“Perbuatan mereka dihidu pihak surau selepas kami menerima aduan daripada masyarakat,” katanya kepada wartawan Rentas7.com hari ini.

Beliau berkata, tindakan mengunci surau di luar waktu solat berjaya menyelamatkan surau daripada dimasuki penagih.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.