Dua zon merah di Kulim

ALOR SETAR– Mukim Kulim telah dimasukkan dalam zon merah hari ini.

Menurut info grafik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Mukim Kulim mencatatkan 43 kes positif COVID-19 secara keseluruhan.

Bagaimanapun, mukim berkenaan hanya mempunyai 17 kes aktif.

Sementara itu, sebanyak 17 kes baru di seluruh negeri Kedah hari ini dengan  daerah Kulim mencatatkan 15 kes, dan satu kes masing-masing di daerah Kuala Muda dan Baling.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.