Malaysia sertai mesyuarat Konvensyen Vienna

Delegasi dari Malaysia yang terbabit mesyuarat COP12/MOP32

PUTRAJAYA-Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12) Bahagian I dan Mesyuarat Ke-32 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP32) telah berlangsung pada 23-27 November 2020.

Susulan penularan wabak COVID-19 dan sekatan perjalanan ke luar negara, mesyuarat COP12/MOP32 telah diadakan secara dalam talian.

Preparatory Segment diadakan pada 23-26 November 2020 dan diikuti dengan High-Level Segment pada 27 November 2020.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar yang bertindak sebagai Ketua Delegasi.

Delegasi tersebut diwakili oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia
di Nairobi.

Disebabkan oleh kekangan masa, yang mana mesyuarat hanya dapat bersidang selama 3 jam setiap hari, agenda bagi mesyuarat pada kali ini telah dihadkan kepada agenda yang penting dan perlu mendapatkan ketetapan dari negara-negara Parti.

Norlin Jaafar berkata, dua agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini adalah bajet bagi akaun amanah Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal serta pengisian semula Tabung Pelbagai Hala (Multilateral Fund) bagi pelaksanaan Protokol Montreal.”

Negara Parti juga mengambil maklum laporan dari Panel-Panel Penilaian mengenai status kerja mereka.

“Panel Penilaian Kesan Alam Sekitar
(Environmental Effects Assessment Panel) melaporkan bahawa bahan pemusnah ozon menyumbang kepada satu per tiga daripada pemanasan global bagi tahun 1955 dan 2005, dan separuh daripada pemanasan yang berlaku di kawasan Artik,”katanya.

Beliau berkata, usaha-usaha
yang dilaksanakan di bawah Protokol Montreal Berjaya lmengurangkan impak pemanasan global yang disebabkan oleh
bahan pemusnah ozon.

“Kejayaan pelaksanaan Protokol Montreal juga dijangkakan akan mengelakkan pemanasan global sebanyak 1°C pada tahun 2050.

“Panel Penilaian Teknologi dan Ekonomi
(Technology and Economic Assessment Panel) melaporkan impak pandemik Covid-19 ke atas penggunaan bahan pemusnah ozon,”katanya.

Beliau berkata, panel tersebut melaporkan penggunaan bahan pemusnah ozon adalah berkurangan disebabkan oleh impak pandemik kepada ekonomi global.

“Pihak Sekretariat Ozon juga melaporkan bahawa sehingga kini sebanyak 112 buah negara parti telah meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal, termasuk Malaysia yang telah meratifikasi pindaan tersebut pada 21 Oktober 2020.

Presiden MOP menutup secara rasmi mesyuarat MOP32 pada jam 10.30 malam, 27 November 2020 dengan menyampaikan penghargaan kepada semua negara Parti dan Sekretariat Ozon
atas kerjasama semua dalam menjayakan mesyuarat antarabangsa
atas talian berskala besar yang julung kali diadakan ini.

Mesyuarat yang seterusnya iaitu Mesyuarat Ke-12 Parti-Parti Kepada Konvensyen Vienna (COP12) Bahagian II dan Mesyuarat Ke-33 Parti-parti Kepada Protokol Montreal (MOP33) akan diadakan pada 25-29 Oktober 2021.

Pihak sekretariat memaklumkan secara
tentatif mesyuarat akan diadakan di Nairobi, Kenya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.