KUALA LUMPUR- Bukan sandiwara! Itu ketegasan dinyatakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ( ATM), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi Buang terhadap pihak yang mempolitikkan insiden pencerobohan di Lahad Datu pada 2013. Beliau berkata, ATM amat terkesan dengan kenyataan seorang ahli politik yang mengaitkan pencerobohan itu sebagai sandiwara. "Tuduhan anggota ATM membuat serangan kepada ayam dan anjing juga merupakan tuduhan ...

KUALA LUMPUR-Apa sudah jadi? Selepas Red Giant dibelasah JDT 6-1 semalam, malam ini giliran adik pula mengalami nasib serupa. Bagi aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor 2 mengulangi keputusan sama apabila dibelasah 6-1 kepada JDT II. Gol-gol JDT II dijaringkan Nicolas Alberto Fernandez minit ke-21 dan minit ke-33, Fernando Rodriguez Ortega minit ke-25 dan 49, Che ...

KUALA LUMPUR-Tular video sekumpulan tentera Komunis China sedang menangis teresak-esak dalam sebuah bas. Kumpulan itu dilihat menangis beramai-ramai dengan ada yang sedang meraung ketakutan. Difahamkan mereka akan dihantar ke sempadan India bagi menghadapi pertempuran yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa. Video berkenaan dikongsi pelbagai halaman Facebook yang anti kepada ideologi komunis. Ia juga menjadi bahan ketawa netizen yang menganggap ...

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia akan menyertai COVID-19 vaccine global access (COVAX) bagi mendapatkan sebahagian daripada bekalan vaksin COVID-19 yang diperlukan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan sedang membincangkan terma penyertaan Malaysia dengan The Global Alliance for Vaccine and Immunisation (GAVI) yang mengendalikan COVAX. "Kerajaan Malaysia juga sedang menyediakan perjanjian bagi menyertai Coalition for Epidemic ...

ALOR SETAR- Kedah mencatatkan sembilan kes baru positif COVID-19 hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, ia melibatkan tujuh kes dalam daerah Kota Setar dan satu kes masing-masing di daerah Kubang Pasu dan Langkawi. Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lapan kes baru melibatkan Kluster Sungai hari ini menjadikan jumlah kes positif kluster itu sebanyak 73 kes. "Sehingga 19 ...

JITRA- Seorang pelajar tahfiz cedera dalam satu insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Darul Ulumarrahimiyah di Lorong Alif di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.23 petang. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati dua blok bangunan bersambung sedang terbakar di tingkat atas dengan anggaran kemusnahan dianggarkan sebanyak 30 peratus. ...

SUNGAI PETANI-Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Negeri Kedah menyifatkan portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam bahasa Mandarin sebagai undur ke belakang. Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin tidak sepatutnya berlaku. "Kami PUTRA Kedah senada dengan Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bahawa tindakan SPRM sebagai agensi kerajaan menggunakan bahasa selain ...

KUALA LUMPUR- PRU-15 akan dilaksanakan sebaik Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah di Pintasan Kota Belud hari ini. "Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU. "Saya tahu apa akan ditulis oleh media ...

KUALA LUMPUR-Latihan pasukan bawah 19 tahun (B-19) di luar negara tampak membuahkan hasil apabila mula mencatatkan kemenangan bertemu pasukan handalan. Pada aksi malam ini, Indonesia berjaya menumbangkan Qatar B-19  di Stadium SRC Mladost Cakovec dengan keputusan 2-1. Dalam perlawanan sengit itu, Indonesia terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-12 hasil jaringan Mohamed Al- Mehairi. Bagaimanapun anak buah Shin Tae-yong menyamakan kedudukan ...

ARAU-Perlis dikenal pasti sebagai kubu terkuat PAS pada PRU-15. Ketua Pemuda PAS, Ir Khairil Nizam berkata, Perlis walaupun kecil tetapi melahirkan sosok pimpinan tertinggi dalam PAS iaitu Tuan Guru Mursyidul Am, Hashim Jasin. "Insya Allah negeri ini juga bakal menjadi antara negeri terkuat PAS pada PRU-15 akan datang. "Saya tekankan agar anak muda mestilah memanfaatkan sepenuhnya setiap platform yang ada ...