KUALA LUMPUR-Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat bahawa pembentukan Malaysia tidak datang dengan mudah. Beliau berkata, Malaysia sebaliknya terbentuk hasil perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu. "Sambutan yang diadakan pada setiap tahun ini adalah bagi mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang dengan mudah. "Sebaliknya menuntut perjuangan rakyat dan pemimpin terdahulu yang mahu melihat lahirnya negara Malaysia yang merdeka ...

KUALA LUMPUR- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes COVID-19 di negara ini. Beliau berkata, sekiranya berlanjutan, fasiliti kesihatan negara akan menanggung beban yang tinggi semula. Menurutnya, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat hari ini telah mencecah lima angka iaitu 10,031 kes. "Kes aktif yang juga kes kebolehjangkitan COVID-19 meningkat ...

LANGKAWI- Dua lelaki terbabit dalam kes curi motosikal jenis Yamaha 125Z di Kampung Ketapang Kedawang di sini ditahan polis. Ketua Polis daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dua lelaki warga tempatan termasuk warga Indonesia itu ditahan pada 14 September lalu. Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan pada jam 10 pagi sebelum berjaya mengesan mereka pada jam 7.30 malam hari ...

KLANG- Cubaan 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong untuk menceroboh perairan Pulau Ketam di sini digagalkan menerusi Op Benteng Laut Unit Tindak Khas kelmarin. Operasi itu disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dan Unit Tindakan Khas (UTK) kelmarin. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, bertindak atas maklumat, PPM dan UTK melakukan pemantauan di sekitar ...

KUPANG - Lima beranak di Kampung Bukit Hijau sering menjadi mangsa banjir kilat setiap kali hujan lebat. Ketua keluarga Roslan Md Zain, 40, berkata, bulan ini sahaja sudah empat kali rumahnya dilanda banjir kilat. Beliau tinggal bersama isteri dan tiga anak berusia 3, 9 dan 12 tahun. "Kejadian terbaru pada 12 September lalu mengakibatkan banyak barangan tidak dapat diselamatkan dengan ...

KUALA LUMPUR- Cadangan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal supaya Malaysia melayani Filipina yang mahu menuntut Sabah tidak boleh diterima. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau telah tegaskan banyak kali bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan. Menurutnya, Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya. "Sebab itu, saya kecewa apabila Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini ...

KUALA LUMPUR-Boleh gunting rambut di mana sahaja. Kedai biasa atau hipster. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kali ini memilih kedai gunting hipster sebagai kelainan dan mengikiraf keupayaan anak muda dalam perniagaan gunting rambut. "Terima kasih Joe’s Barbeshop Nilai atas perkhidmatan menggunting rambut yang amat baik. Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster," katanya dalam satu kenyataan malam ini. Dr. ...

KUALA LUMPUR-"Banyakkan bersabar" kata Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada Mohd Syukor Khamis, 15, yang kematian lebih 30 daripada 110 ekor kerbau ternakan bapanya. Kerbau yang juga dikenali sebagai Mogwli Malaysia itu mati secara berperingkat, dipercayai berpunca daripada penyakit hawar berdarah. Dr. Zulkifli menerima berita itu pagi tadi. "Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak ...

SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) menuntut rakyat Kedah di luar zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar tidak berasa selesa. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pihaknya mendapati masyarakat di zon hijau masih mengambil sikap sambil lewa. "Walaupun kawasan anda bukan dalam zon PKPD, janganlah ambil mudah. PAMM dapati masyarakat di kawasan tertentu tidak ambil berat khususnya ...

KUALA LUMPUR - Gara-gara salah isi borang kesihatan, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terpaksa melakukan sekali lagi ujian saringan COVID-19. Teresa berkata, kejadian berlaku ketika beliau tiba di Sandakan Sabah pada dua hari lalu. Menurutnya, ketika ingin keluar dari Lapangan Terbang Sandakan, pegawai kesihatan memintanya untuk pergi ke kaunter semakan COVID-19. "Saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani ujian Covid, kerana ...