Lebih 20 maut, masjid di bom

JALALABAD– Sekurang-kurangnya 28 maut dan puluhan cedera dalam satu serangan bom di sebuah masjid di Afghanistan ketika jemaah sedang nenunaikan solat Jumaat, semalam.

Kompas memetik AFP melaporkan, bom berkenaan meletup di sebuah masjid di bahagian kota Haska Mina kira-kira 50 kilometer dari ibu kota wilayah Nangarhar.

Juru cakap Gabenor wilayah, Attaullah Khogyani berkata, serangan itu turut menyebabkan masjid mengalami kerosakan teruk termasuk meruntuhkan atap.

“Semua mangsa sama ada maut atau cedera adalah jemaah masjid,”katanya dipetik Kompas yang memetik AFP.

Sementara itu, maklumat dari hospital di Haska Mina menyebut jumlah mangsa korban telah mencecah 33 orang manakala 60 lain cedera.

Rentas7.com/photo Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.