Perkecilkan lantikan politik dalam GLC demi jimatkan Kedah

Liputan Sidang DUN Kedah oleh Rentas7

 

ALOR SETAR- Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kedah perlu bebas daripada lantikan aktivis-aktivis politik yang tidak berpeluang memegang jawatan dalam kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Brigadier (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, langkah itu perlu supaya GLC kembali kepada objektif penubuhannya sekaligus menjimatkan perbelanjaan negeri.

“Semua lantikan jawatan politik dalam GLC sewajarnya perlu dikaji semula dan dipekecilkan saiznya,”katanya ketika mencadangkan pelan penjimatan kerajaan negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar semua perayaan-perayaan besar dan majlis-majlis rasmi boleh dipekecilkan, malah formatnya boleh disesuaikan mengikut situasi semasa.

“Malah kekerapan melaksanakanya juga boleh disemak. Yang keempat hiasan-hiasan majlis rasmi kerajaan hendaklah disakan seadanya untuk mengelakkan pembaziran.

“Kelima lawatan ke luar negara Exco dan pegawai tinggi kerajaan perlu dihadkan,”katanya.

Dalam pada itu, Najmi berkata, beliau melihat Belanjawan Kedah 2020 secara umum belum mencapai bajet berhemah demi kemakmuran bersama.

Najmi sedang berucap dalam Sidang DUN Kedah hari ini

“Di sana banyak perkara lagi perlu dilihat dan diberi perhatian umpanya aspek keselamatan tidak dimasukkan dalam Bajet Kedah 2020.

“Walaupun keselamatan di bawah Kerajaan Pusat tetapi kerajaan negeri namun memperuntukan kepada NGO keselamatan seperti Kelab Rukun Tertangga untuk membantu polis dalam menjaga kampung dan taman,”katanya.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.