Ikan aneh muncul, penduduk ketakutan

INDONESIA-Seekor ikan yang mempunyai beberapa tulisan di badan, menggemparkan masyarakat di Dusun Tanah Goyang wilayah Maluku di sini, hari ini.

Memetik Kompas, ikan aneh itu ditemui nelayan setelah jaring di dalam laut dinaikkan ke atas kapal.

Beberapa tulisan sukar difahami terdapat pada ikan spesies karang itu, tetapi antara yang jelas ialah perkataan “Ambon”.

“Ikan itu ditemukan di jaring bobo pagi tadi, dan saat ini banyak warga yang terus datang untuk melihat ikan itu,”kata Amin yang merupakan penduduk di situ kepada Kompas.

Manakala, Kepala Dusun Tanah Goyang, Munir Buhakar berkata, masyarakat di situ mulai khuatir kerana penemuan itu dikaitkan dengan kejadian alam.

Menurutnya, selain perkataan “Ambon”, terdapat juga kata “Maluku” pada badan ikan itu manakala perkataan lain dalam keadaan tidak tersusun.

“Heboh di sini, kerana ada kata-kata aneh di ikan itu. Ada juga kata Maluku tetapi tidak beraturan, kejadian itu membuatkan warga di sini ketakutan.

“Apa lagi dalam kondisi Maluku saat ini (gempa), jadi kita ikhtiar saja lebih baik,”katanya.

Sementara itu, Ketua Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Ambon, Nugroho Dwi Hananto berkata, perkataan berkemungkinan dari plastik atau benda lain yang melekat di kulit ikan itu.

“Mungkin di ikan ini terkena plastik atau dakwat surat khabar yang melekat di kulit ikan itu

“Coba anda lekatkan surat khabar yang dibasahi dengan air di tangan, lama-lama tulisannya berpindah ke tangan,”katanya seperti dilaporkan.

Tegas beliau, tulisan itu tidak wajar sama sekali dikaitkan dengan peringatan akan berlakunya bencana alam.

Rentas7.com/Photo: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.