Warisan mahu bertanding lima kerusi DUN Kedah

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Warisan Negeri Kedah akan memohon kepada Kerajaan Perpaduan bagi bertanding dalam lima kerusi DUN di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, lima kawasan berkenaan merupakan perancangan awal parti itu iaitu sebelum PRU-15 lagi.

“Kita akan meneruskan hasrat kita bagi bertanding di kelima-lima DUN di Kedah.

“Warisan yakin hubungan baik diantara tuan Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan hasrat kita itu,”katanya kepada pemberita hari ini.

Mustaffa Idrus, Warisan yakin mampu mencapai keputusan baik di bawah peneraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan asing dengan Kedah. Resipinya kali ini akan memberikan satu keputusan yang diyakini berbeza.

“Namun persoalannya, apakah Warisan akan bertanding di Kedah selepas kita kini bersama Kerajaan Perpaduan. Jika bertanding berapakah jumlah kerusi?

“Semua itu kita perlu menunggu perkembangan politik semasa,”katanya.

Sementara itu, Mustaffa berkata, PRN dijangka berlangsung dalam masa terdekat ekoran ketakutan pihak lawan dengan kebijaksanaannya Anwar Ibrahim.

“Anwar Ibrahim mempunyai banyak strategi kemakmuran. Oleh sebab itu, mereka sudah tidak boleh duduk diam,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.