Indonesia bergelut tewaskan Kemboja

KUALA LUMPUR -Indonesia dipaksa berhempas pulas sebelumĀ  menundukkan Kemboja 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno pada aksi Kumpulan A Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 malam ini.

Tuan rumah menjaringkan gol pada minit keenam selepas Egy Maulana menyempurnakan hantaran tinggi rakan sepasukannya dengan tampanan kaki.

Pelawat bagaimapun mengikat kedudukan 1-1 hasil tandukan Saret Krya minit ke-15.

Witan Sulaeman memastikan tuan rumah kembali mendahului apabila menyumbat gol pada minit ke-34 selepas menerima hantaran leret dari sebelah kanan padang.

Indonesia yang cuba untuk mengatasi Kemboja dengan gol seterusnya tidak kesampaian, sebaliknya menerima tentangan hebat pasukan pelawat sebelum terpaksa berpuas hati dengan kemenangan tipis.

Kemboja sebelum ini mencipta kejutan apabila menewaskan Filipina 3-2 manakala pertemuan malam ini menjadi perlawanan pertama Indonesia dalam Kumpulan A.

RENTAS7/ FOTO: SIF

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.