Akhirnya terjawab! Ini sebabnya program Ustaz Ebit terhalang

Ustaz Ebit Lew terpaksa menangguhkan bantuan terhadap penduduk di pulau-pulau sekitar Semporna selepas dilarang ke sana

SEMPORNA– Ustaz Ebit Lew boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun sekiranya meneruskan niat membantu penduduk di pulau-pulau sekitar Semporna.

Tampil dengan pengakuan mengejutkan itu, Ustaz Ebit memohon kepada penduduk yang telah diIslamkannya kerana tidak dapat membantu mereka.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini,”katanya di Facebook hari ini tanpa mendedahkan larangan daripada siapa.

Ustaz Ebit berkata, kayu-kayu bagi membina sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat telah pun dibeli.

Malah katanya, beliau juga sudah
mencari tenaga pengajar bagi mendidik masyarakat di kawasan itu.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

“Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” katanya.

Pendakwah itu bagaimanapun memaafkan dengan situasi yang terjadi hari ini.

“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau.

“Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya.

“Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan,” katanya.

Tidak mengalah dengan ujian berdakwah, beliau selepas ini akan menyantuni masyarakat di Tawau.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight (penerbangan) di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua.

“Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,”katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun dilaporkan Berita Harian berkata, kerajaan negeri tidak mengeluarkan larangan berkenaan.

Menurutnya, polis dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) juga memaklumkan perkara sama.

Bagaimanapun katanya, pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung.

“Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan.

“Polis dan Angkatan Tentera (ATM) memandang berat perkara ini agar tidak menjadi sasaran cubaan jenayah,”katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri termasuk polis menyokong sesiapa sahaja termasuk penceramah bebas melaksanakan program kebajikan.

“Namun, program itu perlulah dilaksanakan pada masa ditetapkan, bukan ketika masa larangan,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.