Warisan Kedah hantar nama calon, yakin capai kemenangan

Mustaffa Idrus dari kanan bersama Fadhil Hanafi (dua dari kanan) menyampaikan Penyampai sumbangan kepada golongan B-40 di Taman Desa Sungai Petani baru-baru ini

SUNGAI PETANI – Parti Warisan Malaysia Negeri Kedah telah menghantar nama semua calon PRU-15 kepada Presiden Parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ketua Biro Perhubungan Awam Parti Warisan Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, setiap kawasan mempunyai tiga senarai nama calon pilihan.

“Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato’ Fadhil Hanafi telah pun berjumpa dengan Presiden Parti Warisan Malaysia pada jam 3 petang semalam.

“Beliau memaklumkan presiden  akan membuat pilihan terhadap nama -nama telah dihantar,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, presiden parti juga akan mengenal pasti dan memuktamadkan Parlimen-Parlimen akan ditandingi bagi kerusi di Kedah.

“Kita parti Warisan tidaklah bercadang untuk meletakkan calon di semua kerusi.

“Kita hanya akan meletakkan calon di tempat yang kita rasa akan memenangi.

“Saya sebagai Pengerusi Perhubungan Awam Warisan Parti Warisan Negeri Kedah berkeyakinan penuh bahawa nama-nama yang telah dihantar untuk dibuat tapisan dan penilaian adalah calon-calon berkaliber dan dapat memenangi kerusi Parlimen di Kedah,”katanya.

Mustaffa berkata, keyakinan itu seiring dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada hari pelancaran Parti Warisan Negeri Kedah bulan lalu.

Menurutnya, pemimpin itu optimis Warisan akan mencapai kemenangan di beberapa kerusi Parlimen di Kedah sekaligus menyumbang kemenangan ke Putrajaya.

Beliau berkata, Parti Warisan akan menjadi parti arternatif pilihan rakyat untuk menyingkirkan parti-parti lain yang bermasalah daripada sudut rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

“Kita harap rakyat dapat menilai apabila keadaan begini kecoh, kelam kabut hasil daripada menggunakan kuasa yang mereka ada dengan sombong dan bongkah telah menekan sehingga PRU-15 terpaksa diadakan walaupun kita berada dalam musim tengkujuh,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.