JDT terkoyak gol pertama Kedah

Syafiq Ahmad menyengat Kedah dengan dua go malam ini

KUALA LUMPUR– Kedah mengulangi gol awal namun gagal membendung JDT untuk menang 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor malam ini.

Satu gol di separuh masa pertama menerusi jaringan Ronald Ngah pada minit ke-45 menyamai gol pendahuluan Kedah ke atas JDT pada pusingan pertama Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman.

Gol pertama di SSI menyentap seketika keterujaan penyokong JDT yang tidak menyangka gawang skuad kesayangan mereka di tempat sendiri ‘dikoyak’ Kedah

Bagaimapun ketika penyokong Kedah berharap berlaku kejutan ke atas tuan rumah, JDT menutup kegembiraan mereka menerusi empat gol di separuh masa kedua.

Bergson da Silva menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 dan gol keempat pada minit ke-89.

Dua lagi gol JDT dijaringkan Syafiq Ahmad minit ke-63 dan minit ke-68.

Kekalahan malam ini ialah keempat berturut dialami Kedah.

Kedah mengutip 27 mata dan berada di tangga ketujuh liga daripada 12 pasukan dan bakal menutup saingan menentang Terengganu pada 15 Oktober ini di gelanggang sendiri.

RENTAS7/ FOTO: JOHOR Southern Tigers

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.