“Wajar turun padang tinjau masalah internet”

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) negeri Kedah menyarankan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin turun padang meninjau tahap liputan internet di seluruh Sabah.

Ketua Penyelarasnya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, menteri itu juga disaran untuk meninjau keadaan liputan internet di kawasan kampung Vaveonah Mosibin.

“Zahidi memberikan maklumat tidak tepat berhubung tindakan Vaveonah memanjat pokok bagi mencari liputan internet.

“Jadi alang-alang sudah begitu, kita minta beliau turun padang ke seluruh Sabah termasuk kampung pelajar itu. Lihat, rasa dan ambil tindakan,”katanya.

Zahidi sebelum ini mengakui tersilap memberikan maklumat berkaitan “kesahihan” video pelajar Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu memanjat pokok bagi mencari liputan internet kerana ingin mengambil peperiksaan.

Beliau juga akui menerima maklumat tidak tepat itu daripada Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim.

Mustafa berkata, capaian internet di kebanyakan kawasan termasuklah Semenanjung Malaysia masih berada dalam kualiti mengecewakan.

“Tahap capaian internet di negara ini masih belum setanding negara maju lain. Ini realiti sebenar.

“Justeru PUTRA berharap pihak kerajaan memberikan penekanan kepada masalah ini dan ambil tindakan segera,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.