Kajian Emir Research, Anwar kalah kepada Muhyiddin dan Mahathir

Anwar Ibrahim mendapat lapan peratus sokongan daripada responden

KUALA LUMPUR-Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering dikaitkan dengan calon Perdana Menteri hanya memiliki lapan peratus sokongan daripada responden, menurut laporan Emir Research.

Berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mendapat 10 peratus sokongan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperolehi enam peratus undian responden manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendapat jumlah undi yang sama iaitu tiga peratus.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal tercorot dengan satu undi.

Jumlah undi paling tertinggi sebagai Perdana Menteri pilihan milik Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 65 peratus undian.

Kajian oleh badan bebas itu dibuat bermula Ogos lalu merangkumi pelbagai metodologi.

Seramai 2096 responden terlibat dengan kajian ini.

Sokongan kajian itu juga menyentuh kajian melibatkan sokongan kaum, jantina dan kaum.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.