Malaysia hadapi Kemboja dan Maldives sebelum Piala AFF

Jadual perlawanan membabitkan skuad Malaysia

KUALA LUMPUR -Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatur dua perlawanan ujian Tier 1 kepada skuad Harimau Malaya sebelum Piala Mitsubishi Electrik AFF 2022 membuka tirai.

Malaysia dijadual bertemu Kemboja di Stadium Bukit Jalil pada 9 Disember 2022 sebelum menentang Maldives pada 14 Disember di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras.

FAM pada hari ini turut mengumumkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi skuad kebangsaan mengharungi Piala Mitsubishi Electrik AFF 2022 bagi Kumpulan B.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon akan Laos dan Singapura di gelanggang sendiri dan menentang Vietnam dan Myanmar di tempat lawan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.