Tewas tapi positif

Malaysia tewas 1-5 kepada Uzbekistan

KUALA LUMPUR– Tewas! namun ada sesuatu positif daripada aksi anak-anak buah Tan Cheng Hoe selepas tewas 5-1 di Amman Jordan malam tadi.

Tanpa skuad utama yang diturunkan Cheng Hoe pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, aksi ditampilkan skuad dibarisi ramai pemain baharu malam tadi jauh lebih baik ketika menentang Jordan.

Malaysia lunyai dibelsah Jordan 4-0  tanpa skuad kebangsaan mampu melakukan percubaan bahaya.

Bagaimanapun, anak didik Cheng Hoe mempamerkan aksi boleh diharapkan menentang Uzbekistan.

Harimau Malaya yang turun dengan majoriti barisan pemain muda yang rata-ratanya belum mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan berjaya mengasak Uzbekistan melalui gerakkan agresif.

Tempoh 10 minit terakhir pada separuh masa pertama membuktikan skuad kali ini wajar diberikan masa untuk menambah keserasian.

Sebilangan pemain dalam skuad ini wajar terus diserap dalam skuad kebangsaan dan ada yang perlu segera digugurkan.

Pada hujung babak pertama, Malaysia memperoleh gol tunggal melalui rembatan Baddrol Bakhtiar yang bijak menyambar bola muntah hasil cubaan Faisal Halim.

Malaysia di separuh masa kedua beberapa kali berjaya menyusun atur gerakkan menyerang yang kemas, namun selalu digagalkan dengan hantaran kurang berkualiti.

Secara keseluruhannya, kelemahan pemain pertahanan dan pemain tengah yang kurang berkualiti punca Malaysia bolos dengan lima jaringan gol.

Fizikal beberapa pemain pertahanan yang kecil dan kurang ketinggian memberikan kesan kepada corak pertahanan skuad kebangsaan bagi dua aksi kali ini.

RENTAS7

 

 

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.