Impian jadi nyata..

Zhafri Yahya

KUALA LUMPUR-Hasrat penyokong untuk melihat kelibat pemain sayap KL City FC beraksi FC, Zhafri Yahya beraksi untuk skuad kebangsaan menjadi nyata apabila pemain itu dipanggil menyertai kem pusat hari ini.

Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon berkata, Zhafri yang sebelum ini berada dalam senarai menunggu dipanggil bagi menggantikan penyerang PJ City FC, Darren Lok yang terpaksa digugurkan akibat dijangkiti wabak COVID-19.

“Darren hadir melapor diri semalam, tetapi didapati positif selepas ujian RTK yang dibuat ketika pemain melapor diri dan disahkan sekali lagi menerusi ujian PCR yang keputusannya diperoleh, pagi ini,”katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Menurutnya, Darren walaupun berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah.

“Bagi pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengurusan pasukan kebangsaan mendoakan kesihatan Darren supaya beliau dapat segera sembuh,”katanya.

Zhafri menjaringkan satu gol ketika membantu pasukannya menewaskan JDT 2-1 pada final Piala Malaysia tahun lalu

RENTAS7/ Foto : FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.