Tak lepas peluang makan di Kuala Kedah

Pelanggan menimati makanan laut di Restoran Nibung Padang Garam

KUALA KEDAH – Orang ramai tidak melepaskan peluang membawa keluarga menikmati makanan laut di sini.

Tinjauan di dua restoran terkenal di Kuala Kedah iaitu Anjung Kuala dan Restoran Nibung Padang Garam mendapati ia meriah dengan kunjungan pelanggan.

Pelanggan yang telah lengkap dengan dua dos mengambil peluang membawa keluarga selepas sekian lama mereka tidak dibenarkan makan di kedai makan dan restoran.

Pihak restoran turut dilihat mengambil inisiatif memastikan setiap pelanggan yang masuk mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.